10 Januari 2017 - 18:59
Baghdadi Tidur Dengan Jaket Pengebom Berani Mati

Pemimpin kumpulan Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi tidur dengan memakai jaket pengebom berani mati, kata jurucakap pakatan tajaan Amerika Syarikat di Iraq yang turut mengatakan bahawa kumpulan itu berada di bawah serangan bom bertalu-talu daripada Tentera Iraq dan sekutunya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin kumpulan Takfiri Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi tidur dengan memakai jaket pengebom berani mati, kata jurucakap pakatan tajaan Amerika Syarikat di Iraq yang turut mengatakan bahawa kumpulan itu berada di bawah serangan bom bertalu-talu daripada Tentera Iraq dan sekutunya.

"Biasanya apa yang kami lihat pada individu daripada kumpulan seperti ini adalah mereka tidak mahu ditangkap hidup-hidup," kata Kolonel John Dorrian. "Apa yang kami dengar daripada pihak perisikan dan sumber-sumber terbuka -dan saya tidak yakin sama ada maklumat ini boleh disahkan- ialah dia tidur dengan jaket pengebom berani mati. Jadi kita lihat sahaja bagaimana jadinya nanti. (Menangkapnya) hidup-hidup adalah sesuatu yang sukar dapat dipastikan," tambahnya.

Pada bulan Disember, Jabatan Negara A.S telah meningkatkan ganjaran daripada USD 10 juta kepada 20 juta bagi maklumat yang akan membawa kepada penangkapan Baghdadi.